31 January 2008

Sembang orang boring....

Salam kepada semua rakan rakan yang masih sudi melawat ...Lama tak update blog sebab tak ada perkembangan terbaru tentang kerja2 xs atau crochet. Yang nyata dan jelas berkembang ialah "the body ". Yang iteww..tak boleh tayang lah kan...tak ayu...walalalala..



Rindu betul nak berYM dgn kalian semua seperti dolu2. Insyaallah..dalam sedikit masa lagi..(hehehe..mcm ayat "pilot" tren Senandung Malam KTM lah pulak).



Dah jumpa kedai di PM yang jual DMC RM 1.10 sen seketul..tetapi kalers yg latest tu tak de lah..most of them jual DMC thread untuk digunakan menjahit munger2 berbagai corak di tudung. So boleh bayangkanlah bagaimana mereka memilih kalers. based on how good it looks on the tudung. tak ambil port pun pasal code number nyer..One of the staff here yg tngk my collection of DMC thread gelakkan me sbb kumpul benang banyak2. Tambah pulak bila me bagitau me collect buttons jugak..lagi besar dia ketawa. Disebabkan ketawa itew me pun tak bagitau dia yg me jugak collect gunting, riben, hoop, jarum dan lain2. Bayangkan kalau dia tengok dinosaur seniri bikin adik manis tu kan....or even bayangkan kalau dia tengok collection Dania, Yasmin dan semua geng2 diehard itu..their life will never be the same again kan..hehehehe.



So...kesimpulannya kehidupan di sini tidaklah seteruk mana. Sesekali fikir me rasa macam org dah nak bersara balik kampung..Memang me tak biasa menetap di bandar kecil, semua barang yg moden2 sket kena dapatkan di KB, kat PM payah sikitlah nak jumpa..Dah biasa dah,di zaman dahulukala... Giant, BJ Complex, Sunshine Square tu dalam 5 minit perjalanan saja dr rumah di sinun. Hakikat bahawa yang lain2 tu payah sikit nk jumpa me boleh terima tetapi hakikat yang McD, PizzaHut hanya di KB, yg iteww ....sengsara wehhh!!..Tidakkah mereka tahu bahawa senya..McD, PizzaHut tu adalah sahabat ku dimasa susah..bukan susah apa, susah paksa diri ke dapur..hehehe.Hanya KFC saja available di PM ni, Nasib baik juga ada kan..kalau tak de juga..sah sah..den meroyan kaw2..ahakss. Nasib baik juga TESCO dah dibuka di KB..(maybe sebagai menyambut kepulangan kami sekeluarga..wahahaha..perasan habis ni).Nasib baik juga ada KB Mall. So bolehlah me lepas gian tolak troli dalam aircond..wakakaka.

Bercakap bab makanan..yg ni susah juga. Pedas memang out of the question. Isu manis atau lori gula terbalik kat gulai jangan sebutlah kan.Its everywhere..hehehe..Tak merasa lagi makan sambal yg pedas berasap telinga dan hidung..Cili kering pun ada versi pedas sikit dan tak pedas langsung.Merahnya kemain lagi, (Mak Ngah pun kalah) tetapi tak pedas langsung. Me panggil cili hipokrit.. Its not a good news to me but my husband and son seems to enjoy their newfound tastebuds to no extent. Di bulan2 awal dulu me tak memasak langsung sebab mereka memang tengah kemaruk makan masakan orang sini, bertambah2 makan..rasa malu lah pulak bila anak asik mintak nasi tambah je kat makcik kedai. Time tu kan..me pun purak2 la buat tak dengar je sambil tundukkan muka..wahahaha. Tetapi hakikatnya..I missed the hot n spicy foods but lately my perut pun dah tak boleh tahan pedas..is that a sign or what??

Tak sedar pulak me dah banyak merapu..kecek banyok la pulok..Until then..jumpa lagi..Take care....muahsss

04 January 2008

Masa untuk menambah lemak tersimpan...yeehaaa

My first entry since coming over here and for the year 2008.

Di musim2 hujan begini, tiada benda lain yang dibuat..makan, makan,makan sampai berat yg hilang semasa proses packing unpacking itu sudahpun diganti balik..hehehe..cemerlang betul!!

Disebabkan terjentik sikit perasaan dengki dgn Apple Crumble Kak Ros, kita pun buat jugak..tetapi Apple n Pineapple Crumble . Resepi dr Kak Da kita. Why?..becoz I just love pineapple tarts..so faham2 sajalah kan apa maknanya..




Senang banget membuatnya..makan lagilah senang..hehehe. Disebabkan sos kastad tak digemari oleh golongan isi rumah lelaki , me just scoopkan aiskrim vanilla saja..sonang kijo den..

Apple and Pineapple Crumble Enda [cikdak]


Bahan untuk inti
6-8 biji apple hijau
1 biji nenas mengkal
Gula secukupnya
Sedikit serbuk kayu manis (optional, wa jarang bubuh pun)


Bahan untuk topping (the crumb)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 ketul butter atau secukupnya
1-2 sudu gula untuk gaul
1-2 sudu gula untuk tabur kat atas.


Cara membuat inti:
1..Kupas nenas dan cincangkan isinya dan toskan airnya.
2.Kupas epal dan potong dadu
3.Masukan dalam periok dan masak hingga air agak kering.Kacau selalu jangan sampai terhangus.
4.Bubuh gula,sedikit serbuk kayu manis.. ikut selera memasingla,rasa dulu…kacau2 lagi.Baik sikit sebab dia menembak!.Jangan sampai kering sangat sebab kita nak bakar lepas ni.
5.Letak inti ni dalam bekas tahan panas.Selalunya cikdak bubuh dalam satu bekas besar dan lebihnya bubuh dalam bekas2 kecil (ramekins).Sejukkan dulu so that bila bakar nanti dia tak mudah hangus.


Cara membuat topping

1.Gaul tepung dengan butter,cara ramas gaul sampai dia jadi macam serbuk roti.Kalau terlebih butter tambah tepung,kalau terlebih tepung tambah butter.Senang jer.Wa memang tak ada sukatan tetap benda ni.
2.Tambah gula dan gaul lagi.
3.Sekarang ambil adunan ni,tabur atas inti tadi.Ketebalan dalam 1/2 inci.
4.Tabur pulak gula di atasnya.
5.Bakar dalam oven,dengan suhu 180C selama lebih kurang 20minit atau sampai topping kekuningan. Apple crumble ni kena makan dengan kuah kastad.Resepi nya boleh ikut mana2 resepi contohnya macam resepi kuah kastad pudding roti catlady tu.Lepas tu,top pulak dengan satu scoop vanilla aiskrim….perghh.. wa cakap lu.Silalah cuba.




Cuma ada sedikit pemmodifian (hahaha..such terms pun ada in my kamus).Instead of bubuh serbuk kayu manis me letak kulit kayu manis but sepotong kecil saja. Disebabkan selalu sgt tengk Martha Stewart perah jus lemon dlm apple pie dia, me pun perah jus limau nipis..hahaha..tiru jgn tak tiru..