06 March 2011

Hamtaro The Cat....Ucang The Cat too

It has been a while since I blog about my cat. Last August Pinchesska Gegirl left us . I was away at my mom place at the time. I missed the cat dearly. That is what I regret the most, not being able to be at her side when she was ill. But I was doing another dutiful service - caring after my dying mother in Kuala Lumpur. Both are now gone to be with God. Al-Fatihah to mak and Rest in peace Pinchesska.

There's only Ucang and Hamtaro now. Ucang is almost 11 years and Hamtaro ( Taro) is a year old. I guess that will be the only cat I'll nurture. Susah nak balik kampung bila ada kucing ni..











Taro loves bergolek2 atas batu jalan depan rumah petang2...buang lemak kat perut agaknya.









Manik Pink di baju purple.

As-Salam.

Hobi mengisi masa lapang sekarang ni ialah menjahit manik pada baju2 kurung simpanan sendiri. Untuk suka hati sendiri dan juga prektis jari jemari..all my baju got lip lap manik la nowadays..saper nak jawab makcik oiii..












Yang ni pulak dah jahit lama dah(selepas raya aidilfitri..of course)..masa tu mak masih ada lagi untuk memberi pujian2 dan komen..(yelah..mak mana yg tak puji anak kan biarpun cantiknya tak seberapa..hehehe)Mak kata..haa..barulah nampak liplap si oren tu ganding dgn hitam.Susah nak jahit sebab kain licin..hishh tapi tak boleh mengeluh kan..sebab kain pun orang sponsor untuk pakai raya kununnya..hahaha..terima kasih kakak ku Aisha...

Si Pink terang benderang ni pun Kak Sha yg sponsor..sakan makcik buat baju raya tapi sehelai pun tak pakai lagi sempena raya..manik pun jahit lepas raya..lepas tu perok dlm gobok sebbab idea sampai la ni lom datang2 lagi..lama betul idea hibernate..




Another sister G, panggil manik ICT sebab mcm spark bunga api kat Taman ICT Shah Alam tu la..so, pakai nama tu je lah..catchy jugak kan sebutannya.

Sekarang ni tengah fikir tak habis lagi nak touch up macam mana lagi kat si ICT ni..hopefully boleh siap pikir sebelum Ramadhan ye..

09 February 2011

Testing 1..2...3..

Salam kepada semua teman2.

Lama benar blog ni ditinggalkan..dah jadi blog berhantu dah. Its okay. Kak Limah kata Enjit2 semuat sape sakit naik atas tapi saya kata enjit2 semut sape lambat dia malas...hikhikhik..Memang malas pun sebab jiwa dan perasaan sedikit terganggu semenjak kebelakangan ini.

Saya memang tiada kepandaian menjahit manik pada baju. Dulu TERsangat kagum dgn Ain Ladybeads sebab kebolehannya menjahit manik2 pada baju. Semuanya cantik2. saya setakat boleh menjahit yang simple2 saja.

Kebetulan sepanjang menjaga arwah emah yg sakit tahun lepas, saya mengisi masa malam saya dengan menjahit manik. Dah takde benda nk buat sementara menunggu 'medicine time' emak dan menunggu mata mengantuk. Then my dear sister introduce pulak menjahit sequin. Dahsyat aura sequin ni ya. Lepas seorang demi seorang my sister, sis in law and neices terjebak. Yang kelakar, bila ke Bunga Riben Jalan TAR membeli manik, ada my sis tu duduk bersila atas lantai memilih manik. Khusyuk dan begitu fokus dia sehingga sales girl kat situ pun tak berani nak pergi jauh, takut orang gila ni buat hal...Well thats was our good times.

Malah, dalam bulan-bulan terakhirnya, emak selalu minta nak tengok my progress. Progress indeed. Emak pun barangkali terkejut sebab anak dia dah tunjuk minat bab2 menjahit ni. Dulu sebelah mata pun tak pandang. Sekarang sebelah mata kena pandang, sebab tak nampak nak jalan kalau sebelah mata tutup kaan..kan..kan..

Banyak juga baju2 saya yang dah dimanikkan tapi simple2 saja.









Ini percubaan pertama menggunakan sequin.Dari dulu memang berkenan sangat dengan peten Baby Daisy si Ain tu. So,baju2 lama yang masih boleh muat(hikhikhik) diabadikan pada masterpiece ni. Maaf ler gambar tak cantik. My camera does not agree with green colors I guess. Puas adjust dah




This baju kurung supposed to be my baju raya. Disebabkan tak de hati pun nak raya tahun lepas, dibiarkan saja baju ni. Manik di tangan tu dijanit selepas raya. Manakala sequin2 di baju tu baru dijahitkan selepas emak sudah tiada. Baru siap dua hari lepas. Gigih betul makcik berusaha...hahaha

Now I'm working on my purple baju kurung pulak. Banyak juga baju raya tahun lepas tapi satupun belum pakai lagi sebab tak raya kan. Looking forward for my next entry okay.

09 January 2011

Hujan dan airmata....

Salam...

Saya sudah kembali ke rumah sendiri sehari yang lalu. Kepulangan disambut dengan curahan hujan yang khabarnya tidak berhenti semenjak dua hari. Seolah-olah cuaca juga mengerti bahawa hati ini juga bertakung dengan airmata dan kesedihan.

Emak telah pergi meninggalkan kami pada 22hb Disember 2010 jam 8.20 malam. Walau hati ini berat menerima hakikat, takdir Tuhan tidak boleh dinafikan lagi.Saya redha dengan ketentuan ini daripada berterusan melihat penderitaan yang emak tanggung kerana melawan penyakitnya itu. Tubuh yang dahulunya besar dan sihat, hanya tinggal kulit dan tulang. Namun saya puas hati kerana dapat meluangkan masa selama tujuh bulan menjaganya.Tempoh itu mengajar saya erti kesabaran dan keinsafan bahawasanya..kasih ibu tidak mungkin pernah sama dengan kasih anak terhadap ibunya.

Kini tiada lagi figura emak dalam hidup saya. Seakan tidak percaya bahawa emak sudah tiada. Pesanan-pesanan dan amanat-amanat akhirnya akan cuba saya lunaskan. Insyallah. Semoga abah juga diberikan ketabahan menjalani sisa-sisa hidupnya tanpa rindu yang membeban terhadap 'soul mate'nya itu. Kita sama sama kehilangan.

Semoga emak ditempatkan bersama-sama para solehin dan beroleh kesejahteraan di'sana'. Amin. Walau setelah lebih dua minggu, saya masih tidak percaya bahawa saya sudah tiada emak lagi.. Al-Fatihah buat emak tersayang....Fatimah binti Mohd Ali. Ketiadaanmu pasti dirindui..

08 December 2010

Aku Datang lagi......

Salam buat semua sisters yg semakin sepi ...Maaf lah sebab lama menghilang. Tahun 2010 sgt mencabar .

Semenjak dari bulan Mei hinggalah awal Disember saya berada di KL kerana menjaga bonda yg sakit. Mom was diagnosed with lung tumor and its critical. Berita itu saja sudah cukup meruntun hati malah telah menghilangkan semua minat dan keinginan utk 'berhobi' ataupun berinternet. Inipun balik sekejap ke rumah sendiri setelah tujuh bulan kutinggallkan suami dan anak menguruskan diri sendiri.Selagi emak masih kuat dan tabah bertahan selagi itulah saya juga akan kuat melawan kesedihan ini. Insyallah.

Insyallah setelah menemui kembali kekuatan dan minat saya akan berblog kembali dan meneruskan semua projek2 terperap yang semakin berhabuk itew...


Oh ya..kesedihan saya makin bertambah bila Pinchesska kesayangan saya juga telah meninggalkan saya pada 3 Ramadhan 2010 sewaktu saya jauh darinya. I really missed that cat...

Salam sayang dan rindu buat semua kengkawan..Saya masih ingat dan merindui kalian dan saat2 kita sgt aktif berkepoh-kepoh dahulu. Jumpa lagi.

13 October 2009

The Papaya Tree

Remember my bragging on the papaya tree I planted more than a year ago?..Yeah..just want to show off the end result..







Yummy..sweet and juicy..

P/S...I was wondering why the tree is tall and skinny ..so unlike me..(yg rendang and chubby). Probably..tak cukup kasih sayang..abandoned and neglected??..

12 October 2009

Do you still remember me?

Salam to all my stitching sisters and my dearest cyberfriends...(Masih adakah yg mengingati diriku???)I'm sorry for hibernating so long . looks like its the thing I like to do best nowadays...

It has been more than 5 months since my last entry...whatever has happened to me?. Seems like I have totally lost my mood to post anything in this blog or the other one. I was wondering myself,where has my mood gone to? Its obvious that I didnt do any craft related thingy for the whole of this year, therefore nothing to story about, right? I do read all my friend blogs but dont have the heart to make any comment. Yang pasti, setiap kali membaca perkembangan terkini kawan2..saya rasa terharu..You gals keep on doing what you love doing. I'm picking up my pieces starting on tonight. It may be a slow pace for me but who knows I might be back to my old turbo pace...wish me luck heh...

Ada yg email bertanya, ke mana saya menghilang atau apa perkembangan terkini saya...yang boleh saya katakan..I'm not doing any craft project,infact I'm not doing anything at all.Makan ,tidur, makan ,tidur,menung..itu aje.. Mana2 projek yg WIP tu masih lagi bertaraf WIP, may it be the crochet, beadstitch or even my bullion roses. Malah En Suami pun bertanya kenapa saya 'satu apapun tak buat"..hehehe.

Semua pincushion yg saya buat dulu dah 'bertempiaran lari', bakul saya kosong semula. Idea nak buat yang baru pun dah tandus. Semasa bulan puasa, sibuk tolong biras buat bisnes dia..eh silap bukan sibuk tapi buat2 sibuk..takde mende yg grand pun. hajat nak belajar dan menjadi 'pesaing' bisnes tudung Kak Da pun hanya menjadi hangat2 tahi ayam..sudahnya, tudung raya beli saja di Jalan TAR selepas raya masa balik raya ke KL hari tu. Baca betul2 ya..disebut..beli tudung selepas raya..ahaksss

Sekarang ni sibuk skodeng blog decoupage. Itu satu tanda tu dah timbul balik minat sikit tapi rasa macam kena hibernate pulak sekali lagi..maklumlah kan..mengumpul maklumat utk decoupage..I think lepas ni kena soal selidik Salmi banyak sikit pasal nak cari material decoupage..boleh kan Salmi??

Probably next year kot baru timbul balik...muahahaha. Boleh kah itu macam???

Until then, maaf saya pinta kepada semua rakan2 yg tak jemu2 singgah di shoutbox saya.Walaupun tak berblog but I do read your blogs when time permits. Terharu sungguh makcik.Kagum membca blog Salmi dan Kak Reen, They are making beautiful progress on other craft..Jeles ahkak.. Insyaallah, I'll be back to blogging when I have my courage back. Sekarang ni sibuk jadi peneman Anasue perabis stok vitamin M dia...yeeha!Nasib baik satu bot dgn anasue..tak de lah sunyi makcik ni ha...