Showing posts with label Beads And Sequins. Show all posts
Showing posts with label Beads And Sequins. Show all posts

06 March 2011

Manik Pink di baju purple.

As-Salam.

Hobi mengisi masa lapang sekarang ni ialah menjahit manik pada baju2 kurung simpanan sendiri. Untuk suka hati sendiri dan juga prektis jari jemari..all my baju got lip lap manik la nowadays..saper nak jawab makcik oiii..












Yang ni pulak dah jahit lama dah(selepas raya aidilfitri..of course)..masa tu mak masih ada lagi untuk memberi pujian2 dan komen..(yelah..mak mana yg tak puji anak kan biarpun cantiknya tak seberapa..hehehe)Mak kata..haa..barulah nampak liplap si oren tu ganding dgn hitam.Susah nak jahit sebab kain licin..hishh tapi tak boleh mengeluh kan..sebab kain pun orang sponsor untuk pakai raya kununnya..hahaha..terima kasih kakak ku Aisha...

Si Pink terang benderang ni pun Kak Sha yg sponsor..sakan makcik buat baju raya tapi sehelai pun tak pakai lagi sempena raya..manik pun jahit lepas raya..lepas tu perok dlm gobok sebbab idea sampai la ni lom datang2 lagi..lama betul idea hibernate..




Another sister G, panggil manik ICT sebab mcm spark bunga api kat Taman ICT Shah Alam tu la..so, pakai nama tu je lah..catchy jugak kan sebutannya.

Sekarang ni tengah fikir tak habis lagi nak touch up macam mana lagi kat si ICT ni..hopefully boleh siap pikir sebelum Ramadhan ye..

09 February 2011

Testing 1..2...3..

Salam kepada semua teman2.

Lama benar blog ni ditinggalkan..dah jadi blog berhantu dah. Its okay. Kak Limah kata Enjit2 semuat sape sakit naik atas tapi saya kata enjit2 semut sape lambat dia malas...hikhikhik..Memang malas pun sebab jiwa dan perasaan sedikit terganggu semenjak kebelakangan ini.

Saya memang tiada kepandaian menjahit manik pada baju. Dulu TERsangat kagum dgn Ain Ladybeads sebab kebolehannya menjahit manik2 pada baju. Semuanya cantik2. saya setakat boleh menjahit yang simple2 saja.

Kebetulan sepanjang menjaga arwah emah yg sakit tahun lepas, saya mengisi masa malam saya dengan menjahit manik. Dah takde benda nk buat sementara menunggu 'medicine time' emak dan menunggu mata mengantuk. Then my dear sister introduce pulak menjahit sequin. Dahsyat aura sequin ni ya. Lepas seorang demi seorang my sister, sis in law and neices terjebak. Yang kelakar, bila ke Bunga Riben Jalan TAR membeli manik, ada my sis tu duduk bersila atas lantai memilih manik. Khusyuk dan begitu fokus dia sehingga sales girl kat situ pun tak berani nak pergi jauh, takut orang gila ni buat hal...Well thats was our good times.

Malah, dalam bulan-bulan terakhirnya, emak selalu minta nak tengok my progress. Progress indeed. Emak pun barangkali terkejut sebab anak dia dah tunjuk minat bab2 menjahit ni. Dulu sebelah mata pun tak pandang. Sekarang sebelah mata kena pandang, sebab tak nampak nak jalan kalau sebelah mata tutup kaan..kan..kan..

Banyak juga baju2 saya yang dah dimanikkan tapi simple2 saja.









Ini percubaan pertama menggunakan sequin.Dari dulu memang berkenan sangat dengan peten Baby Daisy si Ain tu. So,baju2 lama yang masih boleh muat(hikhikhik) diabadikan pada masterpiece ni. Maaf ler gambar tak cantik. My camera does not agree with green colors I guess. Puas adjust dah




This baju kurung supposed to be my baju raya. Disebabkan tak de hati pun nak raya tahun lepas, dibiarkan saja baju ni. Manik di tangan tu dijanit selepas raya. Manakala sequin2 di baju tu baru dijahitkan selepas emak sudah tiada. Baru siap dua hari lepas. Gigih betul makcik berusaha...hahaha

Now I'm working on my purple baju kurung pulak. Banyak juga baju raya tahun lepas tapi satupun belum pakai lagi sebab tak raya kan. Looking forward for my next entry okay.