09 February 2011

Testing 1..2...3..

Salam kepada semua teman2.

Lama benar blog ni ditinggalkan..dah jadi blog berhantu dah. Its okay. Kak Limah kata Enjit2 semuat sape sakit naik atas tapi saya kata enjit2 semut sape lambat dia malas...hikhikhik..Memang malas pun sebab jiwa dan perasaan sedikit terganggu semenjak kebelakangan ini.

Saya memang tiada kepandaian menjahit manik pada baju. Dulu TERsangat kagum dgn Ain Ladybeads sebab kebolehannya menjahit manik2 pada baju. Semuanya cantik2. saya setakat boleh menjahit yang simple2 saja.

Kebetulan sepanjang menjaga arwah emah yg sakit tahun lepas, saya mengisi masa malam saya dengan menjahit manik. Dah takde benda nk buat sementara menunggu 'medicine time' emak dan menunggu mata mengantuk. Then my dear sister introduce pulak menjahit sequin. Dahsyat aura sequin ni ya. Lepas seorang demi seorang my sister, sis in law and neices terjebak. Yang kelakar, bila ke Bunga Riben Jalan TAR membeli manik, ada my sis tu duduk bersila atas lantai memilih manik. Khusyuk dan begitu fokus dia sehingga sales girl kat situ pun tak berani nak pergi jauh, takut orang gila ni buat hal...Well thats was our good times.

Malah, dalam bulan-bulan terakhirnya, emak selalu minta nak tengok my progress. Progress indeed. Emak pun barangkali terkejut sebab anak dia dah tunjuk minat bab2 menjahit ni. Dulu sebelah mata pun tak pandang. Sekarang sebelah mata kena pandang, sebab tak nampak nak jalan kalau sebelah mata tutup kaan..kan..kan..

Banyak juga baju2 saya yang dah dimanikkan tapi simple2 saja.









Ini percubaan pertama menggunakan sequin.Dari dulu memang berkenan sangat dengan peten Baby Daisy si Ain tu. So,baju2 lama yang masih boleh muat(hikhikhik) diabadikan pada masterpiece ni. Maaf ler gambar tak cantik. My camera does not agree with green colors I guess. Puas adjust dah




This baju kurung supposed to be my baju raya. Disebabkan tak de hati pun nak raya tahun lepas, dibiarkan saja baju ni. Manik di tangan tu dijanit selepas raya. Manakala sequin2 di baju tu baru dijahitkan selepas emak sudah tiada. Baru siap dua hari lepas. Gigih betul makcik berusaha...hahaha

Now I'm working on my purple baju kurung pulak. Banyak juga baju raya tahun lepas tapi satupun belum pakai lagi sebab tak raya kan. Looking forward for my next entry okay.