09 February 2011

Testing 1..2...3..

Salam kepada semua teman2.

Lama benar blog ni ditinggalkan..dah jadi blog berhantu dah. Its okay. Kak Limah kata Enjit2 semuat sape sakit naik atas tapi saya kata enjit2 semut sape lambat dia malas...hikhikhik..Memang malas pun sebab jiwa dan perasaan sedikit terganggu semenjak kebelakangan ini.

Saya memang tiada kepandaian menjahit manik pada baju. Dulu TERsangat kagum dgn Ain Ladybeads sebab kebolehannya menjahit manik2 pada baju. Semuanya cantik2. saya setakat boleh menjahit yang simple2 saja.

Kebetulan sepanjang menjaga arwah emah yg sakit tahun lepas, saya mengisi masa malam saya dengan menjahit manik. Dah takde benda nk buat sementara menunggu 'medicine time' emak dan menunggu mata mengantuk. Then my dear sister introduce pulak menjahit sequin. Dahsyat aura sequin ni ya. Lepas seorang demi seorang my sister, sis in law and neices terjebak. Yang kelakar, bila ke Bunga Riben Jalan TAR membeli manik, ada my sis tu duduk bersila atas lantai memilih manik. Khusyuk dan begitu fokus dia sehingga sales girl kat situ pun tak berani nak pergi jauh, takut orang gila ni buat hal...Well thats was our good times.

Malah, dalam bulan-bulan terakhirnya, emak selalu minta nak tengok my progress. Progress indeed. Emak pun barangkali terkejut sebab anak dia dah tunjuk minat bab2 menjahit ni. Dulu sebelah mata pun tak pandang. Sekarang sebelah mata kena pandang, sebab tak nampak nak jalan kalau sebelah mata tutup kaan..kan..kan..

Banyak juga baju2 saya yang dah dimanikkan tapi simple2 saja.









Ini percubaan pertama menggunakan sequin.Dari dulu memang berkenan sangat dengan peten Baby Daisy si Ain tu. So,baju2 lama yang masih boleh muat(hikhikhik) diabadikan pada masterpiece ni. Maaf ler gambar tak cantik. My camera does not agree with green colors I guess. Puas adjust dah




This baju kurung supposed to be my baju raya. Disebabkan tak de hati pun nak raya tahun lepas, dibiarkan saja baju ni. Manik di tangan tu dijanit selepas raya. Manakala sequin2 di baju tu baru dijahitkan selepas emak sudah tiada. Baru siap dua hari lepas. Gigih betul makcik berusaha...hahaha

Now I'm working on my purple baju kurung pulak. Banyak juga baju raya tahun lepas tapi satupun belum pakai lagi sebab tak raya kan. Looking forward for my next entry okay.

09 January 2011

Hujan dan airmata....

Salam...

Saya sudah kembali ke rumah sendiri sehari yang lalu. Kepulangan disambut dengan curahan hujan yang khabarnya tidak berhenti semenjak dua hari. Seolah-olah cuaca juga mengerti bahawa hati ini juga bertakung dengan airmata dan kesedihan.

Emak telah pergi meninggalkan kami pada 22hb Disember 2010 jam 8.20 malam. Walau hati ini berat menerima hakikat, takdir Tuhan tidak boleh dinafikan lagi.Saya redha dengan ketentuan ini daripada berterusan melihat penderitaan yang emak tanggung kerana melawan penyakitnya itu. Tubuh yang dahulunya besar dan sihat, hanya tinggal kulit dan tulang. Namun saya puas hati kerana dapat meluangkan masa selama tujuh bulan menjaganya.Tempoh itu mengajar saya erti kesabaran dan keinsafan bahawasanya..kasih ibu tidak mungkin pernah sama dengan kasih anak terhadap ibunya.

Kini tiada lagi figura emak dalam hidup saya. Seakan tidak percaya bahawa emak sudah tiada. Pesanan-pesanan dan amanat-amanat akhirnya akan cuba saya lunaskan. Insyallah. Semoga abah juga diberikan ketabahan menjalani sisa-sisa hidupnya tanpa rindu yang membeban terhadap 'soul mate'nya itu. Kita sama sama kehilangan.

Semoga emak ditempatkan bersama-sama para solehin dan beroleh kesejahteraan di'sana'. Amin. Walau setelah lebih dua minggu, saya masih tidak percaya bahawa saya sudah tiada emak lagi.. Al-Fatihah buat emak tersayang....Fatimah binti Mohd Ali. Ketiadaanmu pasti dirindui..

08 December 2010

Aku Datang lagi......

Salam buat semua sisters yg semakin sepi ...Maaf lah sebab lama menghilang. Tahun 2010 sgt mencabar .

Semenjak dari bulan Mei hinggalah awal Disember saya berada di KL kerana menjaga bonda yg sakit. Mom was diagnosed with lung tumor and its critical. Berita itu saja sudah cukup meruntun hati malah telah menghilangkan semua minat dan keinginan utk 'berhobi' ataupun berinternet. Inipun balik sekejap ke rumah sendiri setelah tujuh bulan kutinggallkan suami dan anak menguruskan diri sendiri.Selagi emak masih kuat dan tabah bertahan selagi itulah saya juga akan kuat melawan kesedihan ini. Insyallah.

Insyallah setelah menemui kembali kekuatan dan minat saya akan berblog kembali dan meneruskan semua projek2 terperap yang semakin berhabuk itew...


Oh ya..kesedihan saya makin bertambah bila Pinchesska kesayangan saya juga telah meninggalkan saya pada 3 Ramadhan 2010 sewaktu saya jauh darinya. I really missed that cat...

Salam sayang dan rindu buat semua kengkawan..Saya masih ingat dan merindui kalian dan saat2 kita sgt aktif berkepoh-kepoh dahulu. Jumpa lagi.

13 October 2009

The Papaya Tree

Remember my bragging on the papaya tree I planted more than a year ago?..Yeah..just want to show off the end result..







Yummy..sweet and juicy..

P/S...I was wondering why the tree is tall and skinny ..so unlike me..(yg rendang and chubby). Probably..tak cukup kasih sayang..abandoned and neglected??..

12 October 2009

Do you still remember me?

Salam to all my stitching sisters and my dearest cyberfriends...(Masih adakah yg mengingati diriku???)I'm sorry for hibernating so long . looks like its the thing I like to do best nowadays...

It has been more than 5 months since my last entry...whatever has happened to me?. Seems like I have totally lost my mood to post anything in this blog or the other one. I was wondering myself,where has my mood gone to? Its obvious that I didnt do any craft related thingy for the whole of this year, therefore nothing to story about, right? I do read all my friend blogs but dont have the heart to make any comment. Yang pasti, setiap kali membaca perkembangan terkini kawan2..saya rasa terharu..You gals keep on doing what you love doing. I'm picking up my pieces starting on tonight. It may be a slow pace for me but who knows I might be back to my old turbo pace...wish me luck heh...

Ada yg email bertanya, ke mana saya menghilang atau apa perkembangan terkini saya...yang boleh saya katakan..I'm not doing any craft project,infact I'm not doing anything at all.Makan ,tidur, makan ,tidur,menung..itu aje.. Mana2 projek yg WIP tu masih lagi bertaraf WIP, may it be the crochet, beadstitch or even my bullion roses. Malah En Suami pun bertanya kenapa saya 'satu apapun tak buat"..hehehe.

Semua pincushion yg saya buat dulu dah 'bertempiaran lari', bakul saya kosong semula. Idea nak buat yang baru pun dah tandus. Semasa bulan puasa, sibuk tolong biras buat bisnes dia..eh silap bukan sibuk tapi buat2 sibuk..takde mende yg grand pun. hajat nak belajar dan menjadi 'pesaing' bisnes tudung Kak Da pun hanya menjadi hangat2 tahi ayam..sudahnya, tudung raya beli saja di Jalan TAR selepas raya masa balik raya ke KL hari tu. Baca betul2 ya..disebut..beli tudung selepas raya..ahaksss

Sekarang ni sibuk skodeng blog decoupage. Itu satu tanda tu dah timbul balik minat sikit tapi rasa macam kena hibernate pulak sekali lagi..maklumlah kan..mengumpul maklumat utk decoupage..I think lepas ni kena soal selidik Salmi banyak sikit pasal nak cari material decoupage..boleh kan Salmi??

Probably next year kot baru timbul balik...muahahaha. Boleh kah itu macam???

Until then, maaf saya pinta kepada semua rakan2 yg tak jemu2 singgah di shoutbox saya.Walaupun tak berblog but I do read your blogs when time permits. Terharu sungguh makcik.Kagum membca blog Salmi dan Kak Reen, They are making beautiful progress on other craft..Jeles ahkak.. Insyaallah, I'll be back to blogging when I have my courage back. Sekarang ni sibuk jadi peneman Anasue perabis stok vitamin M dia...yeeha!Nasib baik satu bot dgn anasue..tak de lah sunyi makcik ni ha...

15 April 2009

Tag dari Salmi

Ni nak jawab Tag dari Salmi pula.

The rules of this award are:-


1. Copy Badge "2008 Cute's Blogger Award" untuk diletakkan di blog anda



2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda: Salmi aka Ibu Sara


3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya

Sukar juga utk menceritakan pasal hobi/fakta diri sendiri..but I will try..Kalau ada ayat2 yg ala2 over tu..layan jer lah ye..kasi chan maa..ngeh ngeh ngeh..

1.Saya seorang suri rumah tangga all the time. Merupakan ibu kepada seorang anak lelaki remaja..Pernah bekerja tetapi mengambil keputusan utk berhenti kerja secara 'voluntary' pada masa krisis ekonomi 1999. Bercita2 utk jadi ibu mithali dan isteri dedikasi tetapi nampaknya none of the two things di buat sebab lebih syok melayan hobi sendiri..ha ha ha

2.Masa kecil, remaja dan belia, tidak pernah berminat melayan craft ni. Satu2 nya craft yang dilayan hanyalah Cross Stitch. Malah semasa di Uni pun curi2 buat cross stitch bila ada masa terluang. Craft2 lain - bolayan.

3. Masa cuti semestar dulu2 pernah juga..dengan azam dan semangat kental, beli 2 helai kain pasang utk belajar jahit baju kurung sendiri dengan ibunda. Puas sudah ibunda mengexplain bagaimana kain2 dipotong dan dijahit..tapi masih blurr tak paham2. Kesudahannya. baju tu ibunda yang jahitkan dan anaknya melaram tak hengat masa ke kuliah next semestar. Cita2 dan azam entah kemana..lepas tu tak pernah lagi tanam angan2 nak jahit baju sendiri. Buat cross stitch lebih baik..

4.Bila dah berkeluarga, satu craftpun tak buat malah satu hobi pun tak ada. Tanam pokok dalam pasu pun ala2 nyawa ikan. Masa banyak dihabiskan dengan bekerja..bekerja bekerja sampai jemu..

5. Mula terjebak semula dengan craft bila sudah berhenti kerja. Suddenly banyak pula masa terluang, tak tahu nak buat apa..pegang balik cross stitch tapi kali ni tak menggunakan benang tapi menggunakan manik. Sempat jugak ler gila bead stitch utk setahun dua. Lepas tu..peristiwa lama berulang kembali..azam makin padam..hikhikhik.

6.Zaman internet tngh rancak..kitapun giler juga melayari laman-laman sesawang ( cewah..bahasa).Jumpa pulak satu forum (CARI.com) sibuk ler pulak makcik ni berforum. Sangkut pun pada 2 board saja - masak-masak dan craft. This is where it started.

7. Dalam kesibukan beramah mesra dengan teman-teman internet...mula timbul keakraban dengan mereka. Di sidebar dlam my blog tu (XstichnXchange)persahabatan erat dan mesra terjalin. They have been my dear friends until now. Kami sering bertukar2 hasil kraft dan juga stash craft, saling bertukar pendapat dan sumber rujukan. Their works are all outstanding.Malu pulak dngn kebolehan diri sendiri..tapi tidak mengapa..di sini kita belajar dan saling mengajar..(Ini yg sgt2 bernilai)

8.Selama ini I always under estimate myself..rupanya banyak benda2 craft yg saya boleh buat kalau saya mahu mencuba. If and only I want to try. Bila sudah mencuba baru kita tahu bahawa kita ni tidaklah seteruk mana dalam hal2 cfart ni..hehehee. Malah sumber internet memang sangat2 membantu ..nak belajar apa...google saja..pasti kita akan jumpa..video ke tutorial ke..anything..

9.Dari forum dan kawan2 internet, saya belajar bahawa cross stitch bukan setakat jahit dan kemudian framekan hasil itu. Kita boleh buat byk benda yg menjadi kegunaan harian kita. Masalahnya cuma..bila dah buat2 cantik2 tu, sayang pulak nak guna. Yang penting..will power kena kuat utk melawan perkataan tak mahu guna tu. Until now, saya masih menyimpan berkotak2 pemberian kawan2 dan masih lagi tidak sanggup menggunakannya. I get emotional and sentimental setiap kali berhajat nak guna...(pstt..even wrapping paper pun kusimpan jua..ngeh ngeh ngeh..(kes berat ni!!).

10. Setakat ini, hasil persahabatan dgn member2 secraft ni, saya sudah belajar crochet, jahit manik di baju dan hand emroidery. Walaupun kecil jumlahnya tapi sangat berbaloi. Yang paling menarik, saya tidak belajar one to one..semuanya melalui internet terutamaya You Tube.Sekarang bibit2 nak belajar jahit baju sendiri dah timbul balik...harap2 tak kantoi lagi.

Itu saja...yang jelas..makin tua makin lembut tangan ni nak cuba macam2..Kalaulah masa muda2 dulu saya dah berani cuba macam2..tak tahulah apa akan jadi pada saya..sama ada semakin menyinar atau tenggelam dgn timbunan2 craft yg 'sayang' nak guna tu..

Kawan2 stitching saya(you know who you are kan)..I'm glad I know you..Dont worry, saya tak panjangkan tag ni kepada sesiapapun. Tag lah diri anda sendiri utk bercerita perihal kecintaan anda kepada keraftangan...kuang kuang kuang... Cumanya. I wish we will remain best buddies forever..Amin.

Masa untuk menjawab TAG

Dah berkurun dah TAg ni diberi oleh Larling Hani. Bukan apa, sebab ada clausa yang mintak letakkan foto sendiri kan..itu yang lemah tu...hehehe..Ahli kelab D'Tembuns mana bisa sih tayang muka sendirik..

Anyway..here it goes..

1. Do you think you are hot?
Nope..dah tua2 ni mana lah nak HOT lagi. Kalau jalan2 pun tak de orang dah 'phewit2' mcm dulu2..hahaha perasan sungguh makcik ni..

2. Upload yr fav picture of you


Gambar ni akan stay dlm blog ni sehari saja..lepas ni akan delete...ngeh ngeh ngeh..gambor sebesar alam you..

3. Why do you like that picture?

Its not my favourite but itu saja yang ada dlm pc ni...double chin tu yang mahal tu..wakaka

4. When was the last time you ate pizza
December last year. Sekarang tak pi mana2 outlets fast food sebab boikot.

5. The last song you listen to
Nothing Gonna Change My Love for you. You Ought to know by now how much I love you. One thing you can be sure, I'll never ask for more than your love......(Air Supply)...jiwang karat pulak lah sekali sekala....peace!!

6. What are you doing right now besides this
Tengah tunggu air masak..nak buat teh tarik...yummy!!

7. What name would you prefer besides yours
None. I suka my own sedia ada name..klasik...perasan lagi..

People to tag..
Nan ado sebab nak kena explain sebab apa suka mereka kan...I suka semua sebab mereka semua kawan2 internet yg belum pernah bersua muka tapi cukup baik dan berhati mulia...Nak tngk rupa paras mereka ..I just have to go to their facebook...


That's all..Tag dr Salmi pulak sedang menunggu ni..