05 May 2007

Biscornu Tutorial

Simple biscornu tutorial















Ini ialah pattern utk biscornu, bhg depan dan belakang. Luas stitching area ialah 50 x 50 kotak. Saya hanya lebihkan 1 kotak sahaja bagi tiap2 tepi utk jahitan backstitch.Saiz kedua2 bhg depan dan belakang mestilah sama.















Utk memudahkan masa mencantum nanti, lipatkan bhg tepi dgn menggosoknya dahulu.















Kemudian, carikan titik tengah bhg depan. Kelipkan dgn hujung penjuru bhg belakang. pastikan titik bertemu betul2 di bhg tengah. Kelipkan dgn jarum peniti.















Gunakan benang yang sama warna untuk mencantumkan.















Jahitkan sekeliling sehingga tinggal sedikit bukaan untuk masukkan fiberfill.















Isikan fiberfill sepadat yg dikehendaki. teruskan menjahit semula hingga tertutup semua bukaan. matikan jahitan.















Apabila sudah memilih butang yg sesuai, jahitkan butang dan cucukkan jarum tembus ke bhg belakang.















Terpulang samada bhg belakang juga hendak diletakkan butang ataupun dibiarkan kosong sahaja. Jahit secara silang atau mengikut kesukaan masing2 untuk menetapkan kedudukan butang supaya terletak kemas. Matikan jahitan di bawah butang berkenaan dan "sorok' benang ke dlm biscornu.















Beginilah rupa biscornu yang telah siap.

No comments: