30 November 2007

Puding Kuah Kastad ..sudah mali...

Yessza...rasa macam ada konspirasi la pulak..ada 3 org buat puding kuah kastad Mak Enon semalam kan..satu kat JB, dua lagi di Penang..Glamer Mak Enon giteww!!






Mula2 nak buat tu kena geledah dulu kotak2 pinggan mangkuk sebab sekarang ni hanya guna pinggan plastik saja. Pinggan kaca memang dah lama bersemadi dalam kotak. Risau juga kalau2 tak jumpa acuan dan mangkuk sebab puding ni dah memanggil2 semenjak baca entry Lindt kat blog dia.Nasib baik terjumpa sebiji je mangkuk kaca kecil, boleh le enterprem kat sini.

Memang sedap puding ni..Dgn hampir 5 cawan air, puding bergoyang2 raeggae masa letak dlm mangkuk sebelum slurppp melalui tekak...tambahan bila dah sejuk,lagi nyaman masuk tekak...terima kasih buat Lindt yg sudi share resepi bonda.Dapat dalam 16 cawan agar2 . Boleh juga Ustazah tumpang merasa.

Disebabkan hanya ada susu pekat manis TERjumpa dlm gobok dapur masa packing packing, me buat kuah kastadnya (versi kak reen lah kan) tetapi memang kena tuang byk air sebab kalau tidak...manis meleting. But the end result memang tidak mengecewakan...Yummy the very deliciuos I tell you..

No comments: