31 January 2008

Sembang orang boring....

Salam kepada semua rakan rakan yang masih sudi melawat ...Lama tak update blog sebab tak ada perkembangan terbaru tentang kerja2 xs atau crochet. Yang nyata dan jelas berkembang ialah "the body ". Yang iteww..tak boleh tayang lah kan...tak ayu...walalalala..



Rindu betul nak berYM dgn kalian semua seperti dolu2. Insyaallah..dalam sedikit masa lagi..(hehehe..mcm ayat "pilot" tren Senandung Malam KTM lah pulak).



Dah jumpa kedai di PM yang jual DMC RM 1.10 sen seketul..tetapi kalers yg latest tu tak de lah..most of them jual DMC thread untuk digunakan menjahit munger2 berbagai corak di tudung. So boleh bayangkanlah bagaimana mereka memilih kalers. based on how good it looks on the tudung. tak ambil port pun pasal code number nyer..One of the staff here yg tngk my collection of DMC thread gelakkan me sbb kumpul benang banyak2. Tambah pulak bila me bagitau me collect buttons jugak..lagi besar dia ketawa. Disebabkan ketawa itew me pun tak bagitau dia yg me jugak collect gunting, riben, hoop, jarum dan lain2. Bayangkan kalau dia tengok dinosaur seniri bikin adik manis tu kan....or even bayangkan kalau dia tengok collection Dania, Yasmin dan semua geng2 diehard itu..their life will never be the same again kan..hehehehe.



So...kesimpulannya kehidupan di sini tidaklah seteruk mana. Sesekali fikir me rasa macam org dah nak bersara balik kampung..Memang me tak biasa menetap di bandar kecil, semua barang yg moden2 sket kena dapatkan di KB, kat PM payah sikitlah nak jumpa..Dah biasa dah,di zaman dahulukala... Giant, BJ Complex, Sunshine Square tu dalam 5 minit perjalanan saja dr rumah di sinun. Hakikat bahawa yang lain2 tu payah sikit nk jumpa me boleh terima tetapi hakikat yang McD, PizzaHut hanya di KB, yg iteww ....sengsara wehhh!!..Tidakkah mereka tahu bahawa senya..McD, PizzaHut tu adalah sahabat ku dimasa susah..bukan susah apa, susah paksa diri ke dapur..hehehe.Hanya KFC saja available di PM ni, Nasib baik juga ada kan..kalau tak de juga..sah sah..den meroyan kaw2..ahakss. Nasib baik juga TESCO dah dibuka di KB..(maybe sebagai menyambut kepulangan kami sekeluarga..wahahaha..perasan habis ni).Nasib baik juga ada KB Mall. So bolehlah me lepas gian tolak troli dalam aircond..wakakaka.

Bercakap bab makanan..yg ni susah juga. Pedas memang out of the question. Isu manis atau lori gula terbalik kat gulai jangan sebutlah kan.Its everywhere..hehehe..Tak merasa lagi makan sambal yg pedas berasap telinga dan hidung..Cili kering pun ada versi pedas sikit dan tak pedas langsung.Merahnya kemain lagi, (Mak Ngah pun kalah) tetapi tak pedas langsung. Me panggil cili hipokrit.. Its not a good news to me but my husband and son seems to enjoy their newfound tastebuds to no extent. Di bulan2 awal dulu me tak memasak langsung sebab mereka memang tengah kemaruk makan masakan orang sini, bertambah2 makan..rasa malu lah pulak bila anak asik mintak nasi tambah je kat makcik kedai. Time tu kan..me pun purak2 la buat tak dengar je sambil tundukkan muka..wahahaha. Tetapi hakikatnya..I missed the hot n spicy foods but lately my perut pun dah tak boleh tahan pedas..is that a sign or what??

Tak sedar pulak me dah banyak merapu..kecek banyok la pulok..Until then..jumpa lagi..Take care....muahsss

04 January 2008

Masa untuk menambah lemak tersimpan...yeehaaa

My first entry since coming over here and for the year 2008.

Di musim2 hujan begini, tiada benda lain yang dibuat..makan, makan,makan sampai berat yg hilang semasa proses packing unpacking itu sudahpun diganti balik..hehehe..cemerlang betul!!

Disebabkan terjentik sikit perasaan dengki dgn Apple Crumble Kak Ros, kita pun buat jugak..tetapi Apple n Pineapple Crumble . Resepi dr Kak Da kita. Why?..becoz I just love pineapple tarts..so faham2 sajalah kan apa maknanya..




Senang banget membuatnya..makan lagilah senang..hehehe. Disebabkan sos kastad tak digemari oleh golongan isi rumah lelaki , me just scoopkan aiskrim vanilla saja..sonang kijo den..

Apple and Pineapple Crumble Enda [cikdak]


Bahan untuk inti
6-8 biji apple hijau
1 biji nenas mengkal
Gula secukupnya
Sedikit serbuk kayu manis (optional, wa jarang bubuh pun)


Bahan untuk topping (the crumb)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 ketul butter atau secukupnya
1-2 sudu gula untuk gaul
1-2 sudu gula untuk tabur kat atas.


Cara membuat inti:
1..Kupas nenas dan cincangkan isinya dan toskan airnya.
2.Kupas epal dan potong dadu
3.Masukan dalam periok dan masak hingga air agak kering.Kacau selalu jangan sampai terhangus.
4.Bubuh gula,sedikit serbuk kayu manis.. ikut selera memasingla,rasa dulu…kacau2 lagi.Baik sikit sebab dia menembak!.Jangan sampai kering sangat sebab kita nak bakar lepas ni.
5.Letak inti ni dalam bekas tahan panas.Selalunya cikdak bubuh dalam satu bekas besar dan lebihnya bubuh dalam bekas2 kecil (ramekins).Sejukkan dulu so that bila bakar nanti dia tak mudah hangus.


Cara membuat topping

1.Gaul tepung dengan butter,cara ramas gaul sampai dia jadi macam serbuk roti.Kalau terlebih butter tambah tepung,kalau terlebih tepung tambah butter.Senang jer.Wa memang tak ada sukatan tetap benda ni.
2.Tambah gula dan gaul lagi.
3.Sekarang ambil adunan ni,tabur atas inti tadi.Ketebalan dalam 1/2 inci.
4.Tabur pulak gula di atasnya.
5.Bakar dalam oven,dengan suhu 180C selama lebih kurang 20minit atau sampai topping kekuningan. Apple crumble ni kena makan dengan kuah kastad.Resepi nya boleh ikut mana2 resepi contohnya macam resepi kuah kastad pudding roti catlady tu.Lepas tu,top pulak dengan satu scoop vanilla aiskrim….perghh.. wa cakap lu.Silalah cuba.




Cuma ada sedikit pemmodifian (hahaha..such terms pun ada in my kamus).Instead of bubuh serbuk kayu manis me letak kulit kayu manis but sepotong kecil saja. Disebabkan selalu sgt tengk Martha Stewart perah jus lemon dlm apple pie dia, me pun perah jus limau nipis..hahaha..tiru jgn tak tiru..




04 December 2007

Doily utk Cik Noxxa

Ha ha ha..Cik Noxxa bertudung turqoise....Sementara merehatkan badan yg penat packing packing..sempat jugak buat doily utk breadmaker seseorang....Sebenarnya..doily tu utk apa2 saja..tak semestinya breadmaker..memandangkan seseorang itew begitu komited menggunakan Cik Noxxanya dalam baking..teringat pula utk membuatkannya satu doily for her so called 'maid'....LOL




Sebenarnya..me buat pattern yg sama utk 2 benda berbeza...Yang warna putih ( yang pernah ditayangkan sebelum ini ) belum siap sebab besar. Yang turqoise ni aktiviti ringan2 je. Kebetulan pula my partner for the XSnXC Pinkeep Exchange akan menyambut ulang tahun kelahirannya pada penghujung Disember nanti, so..me buatlah 'besday gift awal' untuknya. Sangat yakin , by the time her birthday arrive, I'm still nowhere to be found..LOL..Nak study pattern lain,tak kecukupan masa utk 'test drive', jadi prektis pattern ini sajalah sampai jemu....



Since my partner sudah sms me memberitahu yg dia sudah menerima 'package' pinkeep itew, bolehlah story sikit2 pasal doily tu disini. I'm afraid this will be my last posting for the time being. Sekejap lagi nak dismantle pc and the talian hayat. I'm moving out today.

Buat Kak Ros..terima kasih kerana sudi menerima doily dan pinkeep itu seadanya. Thats the best I can think of to give you on your special day. Pandanglah doily itu jika teringat2 kat me..hope it serves its purpose..taking care of Cik Noxxa while she is busy being abused...LOL


Until then..see you all when I'm able..date to be determined..ha ha ha. Take care everyone. I'm going to miss 'meeting' you all in cyberspace..but Insyallah....we'll meet again.

30 November 2007

Puding Kuah Kastad ..sudah mali...

Yessza...rasa macam ada konspirasi la pulak..ada 3 org buat puding kuah kastad Mak Enon semalam kan..satu kat JB, dua lagi di Penang..Glamer Mak Enon giteww!!






Mula2 nak buat tu kena geledah dulu kotak2 pinggan mangkuk sebab sekarang ni hanya guna pinggan plastik saja. Pinggan kaca memang dah lama bersemadi dalam kotak. Risau juga kalau2 tak jumpa acuan dan mangkuk sebab puding ni dah memanggil2 semenjak baca entry Lindt kat blog dia.Nasib baik terjumpa sebiji je mangkuk kaca kecil, boleh le enterprem kat sini.

Memang sedap puding ni..Dgn hampir 5 cawan air, puding bergoyang2 raeggae masa letak dlm mangkuk sebelum slurppp melalui tekak...tambahan bila dah sejuk,lagi nyaman masuk tekak...terima kasih buat Lindt yg sudi share resepi bonda.Dapat dalam 16 cawan agar2 . Boleh juga Ustazah tumpang merasa.

Disebabkan hanya ada susu pekat manis TERjumpa dlm gobok dapur masa packing packing, me buat kuah kastadnya (versi kak reen lah kan) tetapi memang kena tuang byk air sebab kalau tidak...manis meleting. But the end result memang tidak mengecewakan...Yummy the very deliciuos I tell you..

28 November 2007

Pin Keep Preview

I wanna join the preview extravaganzaa too..
To all pinkeep exchange participants..sila nanti kan posmen anda seawal2nya hari Jumaat ini...





Kesimpulannya..pengalaman yg menyeronokkan membuat pinkeep ini. Terutamanya masa nak cucuk2 peniti tu..Rasa macam nk buat satu lagi utk diri sendiri..nantikan..

14 November 2007

BirdHouse Framed

Yesss.....finally. The Birdhouse framed






Mr. Patrick Tan has done a wonderful job with this beauty. I like it and the price is reasonable..RM25 for a (+-)12 by 9 inch frame. Hopefully Teacher Selvi will like it..Of course she will... coz I like it..LOL

05 November 2007

My Doily Completed.....sort of!!

yeehaaaa!!!

Alhamdulilah...my first crochet masterpiece...
Rasa macam tak percaya...sesuatu yg dahulunya dianggap sangat susah dilakukan dan tak mungkin dilakukan ..Kini didepan mata...sundrik bikin lagik!!






Jika mengikut pattern asal... memerlukan 35 keping sahaja. Malangnya..saiznya masih terlalu kecil for my coffee table. Whoaa....alas meja makan kot??..Kalau alas meja makan...ermmm..benang tukar warna kusam baru siap tu...aiyaiyai..raya tahun depan.....itu pun klu power turbo stabil..

Apapun....rasa macam tak percaya...