09 January 2011

Hujan dan airmata....

Salam...

Saya sudah kembali ke rumah sendiri sehari yang lalu. Kepulangan disambut dengan curahan hujan yang khabarnya tidak berhenti semenjak dua hari. Seolah-olah cuaca juga mengerti bahawa hati ini juga bertakung dengan airmata dan kesedihan.

Emak telah pergi meninggalkan kami pada 22hb Disember 2010 jam 8.20 malam. Walau hati ini berat menerima hakikat, takdir Tuhan tidak boleh dinafikan lagi.Saya redha dengan ketentuan ini daripada berterusan melihat penderitaan yang emak tanggung kerana melawan penyakitnya itu. Tubuh yang dahulunya besar dan sihat, hanya tinggal kulit dan tulang. Namun saya puas hati kerana dapat meluangkan masa selama tujuh bulan menjaganya.Tempoh itu mengajar saya erti kesabaran dan keinsafan bahawasanya..kasih ibu tidak mungkin pernah sama dengan kasih anak terhadap ibunya.

Kini tiada lagi figura emak dalam hidup saya. Seakan tidak percaya bahawa emak sudah tiada. Pesanan-pesanan dan amanat-amanat akhirnya akan cuba saya lunaskan. Insyallah. Semoga abah juga diberikan ketabahan menjalani sisa-sisa hidupnya tanpa rindu yang membeban terhadap 'soul mate'nya itu. Kita sama sama kehilangan.

Semoga emak ditempatkan bersama-sama para solehin dan beroleh kesejahteraan di'sana'. Amin. Walau setelah lebih dua minggu, saya masih tidak percaya bahawa saya sudah tiada emak lagi.. Al-Fatihah buat emak tersayang....Fatimah binti Mohd Ali. Ketiadaanmu pasti dirindui..

6 comments:

Reen said...

Salam Ainy. Takziah... semoga roh arwah dicucuri rahmat Ilahi.. Alfatihah...

Do take care. miss u.

Ladybeads said...

Salam Kak.
Takziah atas kehilangan ibu tercinta. Semoga ditempatkan dikalangan mereka yg beramal soleh.

Pinchesska said...

Salam Reen n Ain. Miss u all lah...

Thanks for the condolences.Masa mak dh tiba. Redha dan panjangkan doa untuknya sahaja yg mampu dibuat.

Anyway..dlm dok jaga mak tu kan sempat juga belajar jait manik/labuci. My Mom was so happy to know that the keras tangan daughter pandai jugak jait manik ni...she knows that my tangan keras most of the time...heheheh

Hida said...

Salam takziah sis atas kehilangan ibu tersayang...Al-fatihah.

Semoga sis bertambah cekal melalui ujian dari Allah... sama2 la kita semua...

Miss you too.

HaniCheLat said...

Takziah Kak Index. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga rohnya tenang dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Rindu akak sangat2.

Pinchesska said...

Salam Kak Da n Hani..(puaslah fikir siapa hani chelat ni..rupa2nya laling hani..overdose hibernating kekdahnya)

Thanks.Now my worries is on my dad..maklumlahkan..all these while berdua..skrg tinggal sendirian. Hope he can cope.

I miss u all sgt2 jgk. All those sweet moments..I'm trying to pick up where I left off. Harap2 tak overdose lagi..hehehe