Kain keras ini hendaklah digunting kecil sedikit dr ukuran backstitch (garisan benang merah di dlm gambar) supaya mudah untuk melipat dan mencantum nanti.
Jika kain keras itu terlebih besar potongan drp saiz design area iaitu lingkungan benang merah (seperti dlm gambar) boleh trim sedikit tepi2nya.
Susunan gambar bunga hendaklah terbalik supaya ia tidak kelihatan terbalik sesudah dicantum nanti
Teruskan mencantum sekeping demi sekeping sehingga tinggal sedikit bukaan untuk menjahitkan cording. Kedudukan kording terpulang pada kehendak masing2. Dlm kes saya ini, saya memilih untuk meletakkannya di bahagian tepi.
Saya jahitkan kording terlebih dahulu pada tepi kelim supaya kording tidak mudah bergerak2 semasa proses mencantum nanti. Jika tidak buat sepeti ini pun boleh..but dont blame anyone if youre having a hard task doing it..hehehe
Setelah selesai, masukkan fiberfill ke dalam. (Proses mengisi fiber sama seperti membuat biscornu dan yang lain2 ). Jahitkan semua bukaan sehingga tertutup semuanya.
Inilah rupa cubegalatte setelah selesai mencantumkannya.
1 comment:
Index, Great tutorial! Rajinnya you stitch on all sides. I like all your stitching esp the "family" sets. :))
Post a Comment