08 November 2008

Its Family Time.

Ahaa..dah lama tak mengomel pasal family sets kan..Entry kali ini akan bercerita pasal latest family sets yang dibuat khas untuk seorang adik manis iteww..A very very belated birthday gifts. Maafkan akak ye Mus..slow bebenor gifts tu sampai..ahakss.

Semua stitching siap dibuat dalam bulan Julai lagi. tetapi disebabkan mood yang macam biskut chipsmore kan..sekejap ada, sekejap takde.. semuanya bergerak mcm siput. Sebelum puasa dah siapkan fob..siap dengan tassel lagik. Malah cordingnya pun buat sendiri...kelasss ahkak. Bukan apa, tak tau kat mana nak cari cording macam-macam fesyen kat sini. Bulan puasa pulak kononnya nak buat sekurang-kurangnya pincushion tu tapi tak jadi jugak..ada hal lain pulak kena settle dulu. Lepas raya dah jadi ular sawa pulak..melingkaq kat open house tak hengat..Lepas selesai puasa enam baru tergerak hati nak sambung matress pincushion tu. Rupanya, pincushion style ni leceh jugak ye..nak kelim tepi2 tu memang mencabar kesabaran. Rasa macam forever nak sampai kat hujung tu..




Pinkeep tu pun macam forever jugak ambil masa nak siap. Potong mounting board dah lama, tapi tak terusik jugak. Sampailah satu hari datang kesedaran dalam diri bahawasanya...(cewahh - ayat!!), hadiah ni dah lama sangat tertangguh..nak tunggu apa lagi kan...Jadi, keesokannya..siap semua finishing utk lain2 item..pinkeep, needlebook dan scissors tip protector boleh siap dlm satu hari je...boleh pun makcik...saja je kan...ikutkan sangat perasaan malas dan takde mood tu... Tip protector tu sebenarnya last minute decision..maklumlah kan..teruja dgn projek mega kawan2 lain..so ingat nak cuba buat sesuatu yang tak pernah buat lagi...


Lepas dah siap semuanya, maka berkumpullah semua ahli keluarga untuk mengambil gambar Happy Family iteww. Hanya ribbon pada pinkeep , tip, fob dan pincushion itew yang mintak biras tolong buat..hehe..me kantoi bab tu..




Dalam banyak banyak item tu, suka sangat kat needlebook dan pinkeep tu sebab ia simple sangat. Kosong dan nampak bersih je. Hajat hati nak decorate jugaklah tepi2 tu dgn something tapi tak sampai hati la nak kacau....nanti jadi lagi buruk..Cuma jahitan je lah yang buruk. maklumlah kan, jahit tangan saje..terketaq-ketaq makcik kontrol jangan kasi senget benget..LOL...Oh ya, kalau ada bertanya, kenapa masih guna aida bukan linen atau evenweave, jawapannya...clearance stok maa..sian adik manis...kain ni banyak lagi dlm simpanan..takut dia tukau kaler nanti. Lagipun I bet, adik manis tak guna semua tu, dia akan simpan dalam gobok khas ..for display only.. sayang kan nak guna...*wink-wink*

Lupa pulak nak cerita, pattern bunga poppy ni diambil dari buku ' Cross Stitch Flowers - Inspirational Ideas for Creating Beautiful Cards And Gifts'. Memang jatuh chenta sehabis2nya dgn semua bunga2 kat dalam buku ni. Infact, sekarang pun sdg stitch satu projek bunga dari buku ini. Nantikan perkembangannya nanti..yehaaa!

Jadi kepada Musliha..terima kasih sebab sudi menerima pemberian akak seadanya. Ada lima item dalam tu..so boleh cover gifts selama lima tahun. Kita dah kenal selama tiga tahun, jadi utk dua tahun akan datang, akak tak perlu kasi gifts lagi lah kan....wahahaha..macam ni punya olang pun ada...

3 comments:

Mrs. Fedex said...

cesss.. ngada tau..
abah mus kata, semua simpan..
karang daha lama sayang..
haha.. dia kata simpan watpa tatau, guna la..
tapi syanagla..
tapi rasa macam nak guna set iteww.. lawa rasa satu set..
tq very mush naaaaaa..
mus sukaaaaaaaaaaaaaaa..

Pinchesska said...

hahaha...kalau nk guna balut ngan plastik naa..kang kotor tak ganti lain dah..ekekeke

Yasmin said...

I always like your happy family. hehe